‘Dengar jeritan nenek meminta tolong.’ Wanita m@ut disyaki dibakar oleh anak

Iklan

KEJADIAN menyayat hati yang berlaku di awal Ramadan semestinya meninggalkan kesan trauma kepada remaja yang berusia 14 tahun apabila menjadi saksi neneknya dibakar di dalam rumah.

Sebelum tragedi yang berlaku di Jalan Tok Keling, Alor Setar itu, dikatakan nenek dan ayahnya yang juga merupakan seorang orang kurang upaya mental bertengkar lebih kurang jam 7.30 pagi semalam. Sebaik sahaja mendengar jeritan neneknya meminta tolong, remaja berkenaan segera melarikan diri ke rumah jiran bagi meminta pertolongan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan melalui talian MERS 999 berhubung kejadian itu, jam 7.48 pagi.

Iklan

"Beberapa jiran melihat apa yang berlaku dan cuba membantu namun diancam oleh suspek, menyebabkan mereka terpaksa menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Sebaik polis tiba, lelaki yang berusia 43 tahun itu berjaya ditahan di hadapan rumahnya dan pemeriksaan lanjut menemui ibu suspek, yang berusia 68 tahun, dalam keadaan terbakar di dalam rumah dipercayai dibunuh," katanya.

Iklan

Mayat wanita warga emas itu kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.