Ngopi sambil healing tepi pantai, ini keunikan Kopi Camping di Kemaman, Terengganu. Kena cuba soft cookies rare!

Iklan
kopi camping

DAPAT menikmati secangkir kopi sambil healing tepi pantai memang satu nikmat yang sukar untuk didustakan buat peminat kafein.

Apatah lagi, dijamu dengan pelbagai menu enak dan rare yang mungkin jarang ada di tempat lain membuatkan masa kalian bersama famili dan bestie begitu berharga.

Iklan
Iklan

Itulah keistimewaan yang ditawarkan Kopi Camping yang terletak di DITC Pantai Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu.

Malah, lokasi tersebut satu-satunya tarikan camping plus piknik di daerah seluas 2,535 kilometer persegi yang kini menjadi persinggahan ramai terutamanya hujung minggu.

Iklan

Kongsi seorang pengguna TikTok, Iylia Nordin, beliau sendiri tak menyangka terdapat port ngopi yang rare di kawasan Kemaman yang terkenal dengan keindahan pesisiran pantai.

Iklan

"Sebab kalian boleh ngopi dalam campsite, sambil healing tengok pantai. Memang bestlah view.

"Gerai-gerai di sana berkonsepkan klasik dan pelbagai jenis makanan dan kopi dijual kepada pengunjung,” ceritanya.

 

Paling mencuri tumpuan katanya, soft cookies viral antara hidangan paling laku keras selain seleksi kopi.

"Kalian kena datang sini dan cuba semua. Even jauh masuk ke sini, tapi alhamdulillah perjalanan memang berbaloi.

Baca juga Beli kopi, dapat surat & madah cinta. Konsep Kafe Kebun Puisi dapat sambutan bukan ‘kaleng-kaleng’

"Terutamanya buat anda yang sememangnya kaki healing dan coffee hunter. View dan lokasi pun best untuk buat OOTD,” katanya lagi.

Untuk kalian yang merancang untuk berlibur ke Terengganu, apa kata singgah ke DITC Pantai Teluk Kalong untuk rehatkan diri.

Baca juga Rambang mata usha aneka pilihan Anastasia Dessert, manisan premium anak jati Perlis terpaling laris sambil lepak tepi pantai

Kawasan tersebut dibuka bermula jam 2 petang hingga 11 malam dan terdapat pilihan gerai makanan dan minuman signatur lain daripada lain.

Kopi Camping

Alamat: DITC Pantai Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu

Waktu operasi: 2 petang hingga 11 malam

Facebook: Kopi Camping

Instagram: @kopicampingmalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee