Pengawal berbuka puasa bersama keluarga di tempat kerja bikin warganet terharu, komen Datuk Red 'Bang nikmat ni yang saya nak'

Iklan

SATU kenikmatan apabila dapat berbuka puasa bersama orang tersayang, iaitu satu keluarga yang lengkap.

SATU kenikmatan apabila dapat berbuka puasa bersama orang tersayang, iaitu satu keluarga yang lengkap.

Meskipun sedang bekerja, tidak menghalang seorang pengawal sekolah untuk merasai nikmat berbuka puasa bersama keluarga kecilnya itu.

Iklan
Iklan

Dalam perkongsian milik pengguna TikTok anakjatangmak, beliau telah memuat naik momen bersama isteri dan anak-anaknya sewaktu duduk di pondok rehat sebuah sekolah untuk sama-sama menikmati juadah berbuka memandangkan belum lagi tamat waktu bertugas.

Menurut Mohd Khoril, beliau tidak menyangka keluarganya akan datang memberi kejutan untuk berbuka bersama.

Iklan

Video tersebut meninggalkan kesan yang mendalam buat orang ramai.

Iklan

Rata-rata warganet berkongsi rasa terharu dan memuji dengan menyatakan situasi tersebut merupakan gambaran keluarga yang cukup bahagia dan sangat diimpikan ramai.

Malah, beberapa pempengaruh turut meninggalkan komen di perkongsian tersebut termasuklah bekas suami penyanyi Adira Suhaimi yang dikenali sebagai Datuk Red.

@abg red:Bang nikmat ni yang saya nak ..Semoga tuan dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga

@Asyalliee Ahmad :Masya-ALLAH, semoga abang keluarga sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT

@Wan_15:Rahmat bulan Ramadan...dapat berbuka bersama2...bila anak2 dah besar...inilah kenangan manis yg tinggal...semoga dipermurahkan rezeki awak sekeluarga...Amin

@SUSU KAMBING SEGAR D'MALAI: bapak aku dulu pun guard skolah..kami mak adik2 bawak makanan makan sekali dengan bapak..lepak dengan bapak kat sekolah...sembang2...sekarang bapak dah pencen.. alhamdulillah doakan mak bapak kami sihat...amin

@towelkecil:kadang ALLAH tunjuk video macam ni untuk teguran diri sendiri yang kurang bersyukur. Allahu.. semoga yang baik-baik sahaja untuk keluarga ni YA ALLAH..