SEBELUM ini sukarelawan terkenal, Abang Viva ada mengumumkan beliau dan isteri sudah berpisah.
Lanjutan daripada itu, isterinya, Eva Noza Zakaria menerusi perkongsian di TikTok, berharap orang ramai memberi ruang untuk dirinya menjalani tempoh iddah selain harus mencari rezeki untuk kelangsungan hidup.
"Saya tidak sanggup nak mengata orang yang pernah berada dalam hati saya walaupun sekarang ini kami tiada apa-apa hubungan tetapi jauh di sudut hati saya, saya masih hargai dia.
"Sebab dia bukan musuh saya. Saya tidak tahu bagaimana seseorang itu sanggup mengata orang yang pernah tidur dengan dia," kata beliau.
Selain itu, Eva turut menyatakan beliau tidak akan membahas segala muat naik yang dilakukan oleh suaminya itu.
"Dia pernah jadi sebahagian daalam hidup saya, saya hargai cuma saya nak berpisah dengan cara baik.
"Saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa, teruskanlah dengan kehidupan masing-masing.
"Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya dan akhirnya bagi luka sebegini dalam," tambahnya.
Azwan Omar atau dikenali 'Abang Viva' sah bercerai talak satu dengan isterinya, Evanoza Zakaria pada 13 Mac lalu.
Menurut rekod, Azwan yang terkenal dengan aktiviti sukarela membantu mangsa banjir di negara ini diijabkabulkan dengan Eva pada 14 Oktober 2022 dalam satu majlis ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah di Ayer Keroh, Melaka.