Bayi baharu sebulan hidap kecacatan jantung, keprihatinan ramai berjaya kumpul dana RM120K dalam masa 8 jam. Sebak!

Iklan

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan mudah bagi ibu dan ayah melihat kesengsaraan anak sendiri, inikan lagi bayi yang masih kecil.

Ningkan Anak Dickie, 36, dan isterinya, Norline Anak Saban, 38, yang berasal dari Bau, Sarawak, tidak menyangka anak mereka yang baru berusia sebulan disahkan menghidap kecacatan jantung kongenital sejak lahir, termasuk Transposition of the Great Arteries (TGA) dan Ventricular Septal Defect (VSD).

Iklan
Iklan

Bayi perempuan mereka, Natalie Amanda, telah dibawa ke sebuah hospital di Sarawak bagi mendapatkan rawatan sewajarnya. Namun, masalah yang dihadapi oleh anak itu memerlukan kepakaran rawatan susulan di Kuala Lumpur.

Ayah bayi tersebut hanya bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit, manakala ibunya merupakan suri rumah sepenuh masa, tidak mampu untuk menyediakan kos rawatan yang berjumlah RM120,000 secara keseluruhan.

Iklan

Oleh itu, mereka meminta bantuan orang ramai bagi mencukupkan dana tersebut agar anak mereka dapat diberikan rawatan segera. Dengan bantuan sebuah badan bukan kerajaan, One Hope Charity & Welfare, mereka tidak menyangka jumlah kos yang diperlukan dapat dikumpul dalam masa hanya lapan jam sahaja.

Mereka amat berterima kasih atas sumbangan pantas yang diberikan oleh orang ramai bagi menyelamatkan nyawa anak mereka. Lebih mengharukan, pihak hospital di Sarawak dengan rela hati menaja penerbangan untuk ketiga-tiganya ke Kuala Lumpur bagi menjayakan sesi pembedahan tersebut yang dijangka pada 19 Mac 2025.

Iklan

Terima kasih rakyat Malaysia yang bersatu hati meringankan beban keluarga ini.