BEKAS suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, iaitu Datuk Red, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-47 baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, pemilik nama sebenar, Adnan Abu meluahkan rasa terharu terhadap wanita kelahiran Sabah itu kerana bersungguh-sungguh membuat persiapan untuk majlis tersebut.
"Terima kasih Adira kerana menghabiskan wang, tenaga dan usaha untuk menjayakan hari kelahiran saya.
"Untuk Adira, saya sudah tiada kata-kata untuk awak,” tulisnya.


Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Tambah Datuk Red, perkara yang paling tidak disangkanya ialah dapat meraikan hari istimewa itu bersama kesemua cahaya matanya.
"Saya gembira dapat kumpulkan 10 orang anak saya dan berjumpa dengan adik-beradik saya. Ia adalah nikmat yang lama saya impikan.
"Buat Adira, andai kita tiada jodoh dan usia saya singkat, saya doakan awak bahagia dan berjaya bersama anak-anak,” tulisnya lagi.
Dalam video tersebut, jelas terlihat keterujaan Datuk Red apabila kesemua anaknya dapat berkumpul dalam satu masa.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dengan ucapan yang ditulisnya. Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan kesejahteraan Datuk Red.
Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira dengan talak satu pada 23 April 2024.
Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob yang kini berusia tiga tahun.
Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.