Pemandu e-hailing kreatif dekor raya siap lampu lip lap ketupat dalam kereta buat ramai teruja. ‘Kena bagi rating 5 star ni’

Iklan

SUDAH bersedia untuk sambut Syawal? Tinggal berapa hari saja lagi kita bakal meraikan perayaan Aidilfitri sampaikan nak pergi kerja pun mood dah ke laut.

Boleh dikatakan bukan orang Melayu jer sibuk beli macam-macam untuk persiapan raya, komuniti Cina dan India juga tumpang seronok nak bercuti panjang.

Iklan
Iklan

Apa yang menarik perhatian, usaha seorang pemandu e-hailing yang berjaya menyentuh hati rakyat 1Malaysia bila dekor sesuatu di dalam keretanya.

Kongsi pengguna Threads, @zzrangerz yang mendapatkan servis Grab menghargai usaha pemandu tersebut walaupun berbangsa Cina.

Iklan

"Pagi tadi on the way pergi keja naik Grab.. Appreciate effort dia walaupun Chinese.. Decor raya dalam kereta buat kita happy siap pasang lagu raya yea...kita anak Malaysia.”

Iklan

Video pendek tersebut menunjukkan hiasan hijau kuning lengkap dengan lampu lip lap bentuk ketupat menghiasi ruang atas kereta berkenaan.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut memuji inisiatif lelaki berkenaan yang turut meraikan Syawal dengan cara tersendiri.

"Wahhhh.. kena bagi rating tinggi ni.” - @yanhanee

"Wow meriah. Bagus-bagus. Kite nak pasang lampu tak terpasang lagi ni. Haha.” - @leesa_said

"Nampak sangat dia happy as Malaysian dan terima kenyataan yang kita hidup berbilang kaum. Kreatif sangat. Semoga dia dapat passenger yang baik-baik semua.” - @martika_diyana

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman naik Grab dengan effort tersendiri.

"Yes ada pemandu Grab sangat tunjuk effort macam ni. Pernah naik Grab area KL, driver Grab Chinese buka radio ikim. Ingat dia Chinese mualaf tapi rupanya dia buka untuk kita sebenarnya. Effort sangat A+ ya.” - @sabiehacoco

"Saya ada jiran berbangsa India ni, dia setiap kali perayaan. Tak kiralah apa jenis perayaan bangsa di Malaysia ni, dia satu famili akan make an effort to decorate their house with festive decorations termasuklah Hari Raya... Seronok tengok..” - @azielahaneemidris

Terbaiklah! Moga semua rakyat kita saling menghormati satu sama lain dan sama meraikan semua perayaan tanpa sebarang prejudis.