Kekalkan kejayaan, anak Rita Rudaini raih CGPA 3.78!. 'Terbang tinggi Airit Rayyan, ingat mommy ni awan nano awak'

Iklan

Anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan, mencatat keputusan cemerlang dengan CGPA 3.78 di MRSM Sungai Besar.

PENAT lelah bekerja mencari nafkah seakan terbalas apabila melihat kejayaan anak-anak, terutamanya bagi ibu tunggal yang membesarkan mereka bersendirian.

Itulah yang dirasai oleh pelakon terkenal, Rita Rudaini, apabila anak sulungnya, Airit Rayyan, meraih keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78 dalam peperiksaan semester di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.

Iklan
Iklan

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar berkongsi berita gembira itu melalui hantaran di laman Instagram miliknya.

Menurut beliau, tingkatan empat adalah fasa sukar buat Rayyan kerana perlu menghadapi pelbagai cabaran untuk mengekalkan kejayaan dalam bidang akademik.

Iklan

Malah, Rita sempat menitipkan nasihat buat anaknya supaya tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba ALLAH serta menjadikan kitab suci al-Quran sebagai teman baik jika mahu berjaya di dunia dan akhirat.

Iklan

"Anugerah Pengetua MRSM SUBES hari ini, alhamdulillah 3.78. Tahun ini, tingkatan empat adalah tahun yang paling mencabar, kata Rayyan.

"Insya-ALLAH, dengar cakap mommy, dengar cakap Ustazah Nor Faiza dan guru-guru. Jangan tinggal solat, bersahabat dengan al-Quran, insya-ALLAH berjaya dunia dan akhirat.

"Terbang tinggi Airit Rayyan, ingat mommy ni awan nano awak,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Rayyan. Mereka turut berharap agar anak itu terus membanggakan ibunya serta memberi inspirasi kepada pelajar lain atas kecemerlangannya dalam bidang sukan dan akademik.

Sebelum ini, Rita Rudaini pernah berkongsi beberapa kejayaan anak-anaknya, Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna, terutamanya dalam bidang sukan.

Penerima Anugerah Ibu Ikon 2024/2025 itu juga sering meraih pujian atas ketabahannya membesarkan anak-anak tanpa kehadiran seorang suami.