Suami pandai memujuk, isteri sudah mati rasa. Maksud tersirat ‘Love Bombing’ yang ramai pasangan tidak faham

Iklan

PERKAHWINAN bahagia sehingga ke akhir hayat pastinya menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri.

Namun, siapalah kita untuk menentukan selama mana jodoh kita dengan pasangan hidup.

Iklan
Iklan

Kadang-kadang kita rasa kita sudah faham sepenuhnya teman sebantal, tetapi ada maksud tersirat yang menyebabkan anda rasa tidak selesa dengannya.

Pernahkah anda dengar tentang cinta letup atau lebih popular dengan gelaran ‘love bombing’? Melalui perkongsian seorang peguam syarie bernama Azri di akaun TikTok miliknya, beliau menerima aduan daripada seorang isteri yang mengatakan dirinya tertipu dengan suaminya sepanjang perkahwinan 28 tahun.

Iklan

Beliau nekad mahu memfailkan perceraian kerana rasa pelik dengan perangai suaminya. Dirinya dan anak-anak selalu ditinggalkan berbulan-bulan tanpa nafkah, tetapi apabila suami pulang, dia akan memberikan ‘love bombing’.

Si isteri akan mudah ‘termakan’ dengan pujukan suami dan kemudiannya lelaki tersebut akan mengulangi semula perbuatan itu. Selama berpuluh tahun bersama, wanita berkenaan baru sedar ditipu dengan perasaannya sendiri.

Iklan

Sebelum ini isteri bertahan demi anak-anak, tetapi kini anak-anak pula yang meminta ibu mereka berpisah.

"Love bombing adalah perlakuan seseorang yang memberikan perhatian dan kasih sayang yang melampau kepada pasangannya.

Perhatian ini adalah untuk memanipulasi pasangannya kelak. Perbuatan tersebut tidak berterusan dan hanya untuk sementara waktu demi mendapatkan apa yang diinginkan.

"Disebabkan itu, tidak semua orang sedar mereka telah ‘ditipu’ selama ini dan menerima perlakuan tersebut sebagai tanda pasangan mereka memberikan kasih sayang,” katanya ringkas bagi menerangkan istilah cinta ini.

Menerima kejutan hadiah daripada insan tersayang semestinya dianggap romantik dan disukai oleh semua pasangan.

Sebagai contoh, suami pulang ke rumah dan membelikan hadiah rantai emas untuk isteri, memberikan kejutan pakej pelancongan kepada isteri ataupun menabur janji manis tentang kehidupan masa depan.

Ia kelihatan seperti kelakuan biasa, namun sejauh mana anda boleh menilai tentang keikhlasan pasangan masing-masing?

Sebagai isteri, pastinya anda ada rasa ‘luar biasa’ yang boleh tahu sama ada tindakan suami anda benar ataupun tidak.