ORANG ramai khususnya penduduk Melaka kini berpeluang menamakan anak kambing gurun jantan yang baru dilahirkan di Zoo Melaka menerusi Program Menamakan Anak Serow yang dianjurkan selama sebulan bermula hari ini.
Memetik laporan portal media tempatan, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan berkata, kambing gurun spesies Sumatran Serow atau Capricoris Sumatraensis itu adalah kelahiran pertama selepas kira-kira 15 tahun pasangan induk haiwan berkenaan berada di Zoo Melaka.
Beliau berkata, haiwan yang dilahirkan pada 8 Jun lepas merupakan mamalia yang terdapat di Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand dan Indonesia itu adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
"Anak kambing gurun jantan itu dijangka menjadi daya tarikan terbaharu bagi Zoo Melaka dan setakat ini kita mempunyai lima ekor kambing gurun iaitu dua pasang dewasa dan seekor anak.
"Justeru, kita mengalu-alukan penyertaan penduduk dalam atau luar Melaka memberi nama yang bersesuaian untuk anak kambing gurun tersebut dan 10 tiket percuma ke Zoo Melaka iaitu lima dewasa dan lima kanak-kanak kepada pemenang yang dipilih," katanya.
Jadi, kalau korang nak cuba namakan Anak Serow ni tunggu apa lagi, turut serta cepat! Caranya mudah sahaja cuma klik link di bawah dan patuhi syarat pertandingan.
https://forms.gle/bV38T3jyCcArFv799
SH : Pertandingan Menamakan Anak Serow
Setiap penyertaan perlu Follow & Share salah satu post di Fb Page Zoo Melaka & Taman Burung
Syarat-syarat umum pertandingan:
- Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Nama yang dicadangkan mestilah ringkas dalam satu perkataan sahaja.
- Mudah disebut atau diucapkan (dalam beberapa bahasa)
- Tidak menyinggung perasaan atau mengejek
- Hanya 1 nama yang akan dipilih sebagai pemenang.
Hadiah bagi Pemenang :
10 ticket percuma Zoo Melaka (Lima Dewasa dan lima kanak-kanak)
Tempoh penyertaan: Bermula 1 Julai - 31 Julai 2020
Pemenang akan diumumkan pada bulan Ogos 2020.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan kami di talian 06-232 3900