SEBELUM ini, Ustazah Asma' Harun ada berkongsikan teguran tentang trend menari terima duit raya di platform TikTok.
Memetik laporan Sinar Harian, perkara sama turut mendapat perhatian Mufti Terengganu,Datuk Dr Mohamad Sabri Harun.
Beliau meluahkan rasa kesal atas tindakan masyarakat beragama Islam yang mudah terikut-ikut dengan trend semasa sehingga melampaui batas terutama menonjolkan aurat.
Katanya lagi, budaya sebenar adalah bersalaman dan mengucapkan kemaafan serta terima kasih sempena menyambut Aidilfitri.
"Ia tidak perlu dicacatkan dengan perbuatan berjoget sehingga melampaui batas agama.
"Perkara seperti ini dikesali dan mungkin suatu masa akan kehilangan nilai-nilai murni budaya kita sendiri jika trend seperti ini berterusan.
"Trend berjoget untuk menerima duit raya itu perlu dielakkan kerana ia dilihat menjatuhkan maruah dan mempamerkan aurat wanita. Jika dilakukan secara berlebihan sehingga menonjolkan aurat sudah tentu boleh menjadi haram,” ujarnya.
Mufti kesal ramai ikut trend menari terima duit raya, boleh jatuh hukum haram jika...
Iklan