KITA hanya mampu merancang, tetapi DIA Yang Maha Mengetahui.
Kata-kata inilah yang sesuai bagi merelakan sesuatu dan lapangkan dada dengan segala ketentuan-NYA.
Sudahlah terlibat dalam letupan di Putra Height baru-baru ini sehingga mengakibatkan rumah keluarganya musnah sepenuhnya, Nur Izzati Alia Zainudin semalam memaklumkan bahawa ibu bapa yang sudah merancang untuk mengerjakan umrah pada minggu ini terpaksa dibatalkan disebabkan oleh ujian yang melanda mereka pada hari raya kedua itu.
"Ikutkan minggu ini mak dan ayah saya akan mengerjakan umrah. Mak sudah membuat persiapan dengan menyediakan wang tunai untuk ke sana.
"Namun disebabkan kejadian tersebut, semua wang mak simpan hangus dijilat api. Bertambah pula keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan disebabkan oleh kejadian yang berlaku," kata Izzati kepada SinarPlus.

