DUNIA seakan gelap apabila perkahwinan yang sudah mencecah lapan tahun yang disangka sempurna walaupun tanpa kehadiran cahaya mata akhirnya goyah dek satu mesej daripada suaminya:"Mummy, daddy dah kahwin lain.”
Itulah yang dirasai seorang wanita, Nofy Jamil, yang berkongsi kisah pilu rumah tangganya melalui satu siaran langsung di TikTok.
Beliau meluahkan rasa kecewa terhadap suami yang disangkakan penyayang, baik, dan romantik, rupa-rupanya berlaku curang di belakangnya.
"Kami dah kahwin lapan tahun. Tak pernah gaduh. Semua orang kagum dengan hubungan kami.
"Masa dapat mesej tu, saya anggap macam gurauan... main-main, sebab dia sangat ‘sweet’, sangat penyayang.
"Kami memang belum ada anak. Saya anggap itu bukan masalah dalam hubungan kami. Saya pernah ajak ambil anak angkat, dia kata ‘tak apa, Daddy la jadi baby’.
"Jadi bila anak tiri mesej kata Daddy dah kahwin lain, saya terus tanya kenapa? Dia cuma jawab... ‘takdir’. Memang saya tak boleh terima langsung,” kata Nofy, yang turut mendedahkan bahawa pengakuan itu berlaku ketika malam Nuzul al-Quran tempoh hari.
‘Mummy… daddy dah kahwin lain.’ Dalam diam 5 tahun dimadukan! Wanita ini nekad berpisah setelah 8 tahun perkahwinan
Iklan