JIKA sebelum ini penduduk Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Tengah hanya mampu menahan sebak melihat rumah mereka musnah dalam insiden kebakaran berpunca daripada paip bocor berhampiran kawasan Putra Heights, kini mereka sekali lagi diuji dengan dugaan yang lebih meruntun jiwa.
Belum reda kepenatan membersihkan kesan hitam di dinding dan bau asap daripada tragedi kebakaran itu, rumah-rumah penduduk di dua kampung terbabit sekali lagi terjejas akibat dinaiki air susulan hujan berterusan awal pagi semalam.
Perkongsian itu dibuat oleh penduduk menerusi aplikasi WhatsApp, disertakan dengan video tular yang memaparkan detik cemas mereka menyelamatkan diri ketika air mula memasuki rumah.
Menerusi video tersebut, kelihatan air sudah mencecah paras pinggang, sekali gus menyukarkan pergerakan penduduk.
‘Sudah jatuh ditimpa tangga.' Belum pulih dari insiden letupan gas, kini penduduk kampung diuji pula dengan banjir
Iklan