Iklan
Iklan
Sementara itu, ibu kepada @kaksha_91 yang merakam video berkenaan menjelaskan makanan yang dibelinya itu dapat diperoleh selepas pasangan itu menggunakan wang SARA untuk membeli barang keperluan lain.
Kak Sha dipetik portal media tempatan menjelaskan perbelanjaan barang dapur pasangan berkenaan berjaya dijimatkan menggunakan bantuan MySara. Maka dengan lebihan wang yang ada dapatlah bapanya membeli corndog tersebut.
"Duit MySara tu emak abah saya beli keperluan asas sahaja. Cuma bila ada lebihan duit beli barang asas barulah boleh beli corndog dan air,” katanya.
Melihat senyuman lebar yang terukir pada warga emas itu, warganet meluahkan rasa terharu. Rata-rata tersentuh melihat kegembiraan lelaki berkenaan dan menyatakan rasa lega selepas menunaikan tanggungjawab membayar cukai.
"Dia teringin""tak penah dapat" sebaknya. Semoga dimurahkan rezeki selalu pakcik."
"Saya pegang RM1,000 tunai saya rasa sikit sangat dan tak cukup. Tapi bila tahu pasal bantuan ni orang berpusu- pusu pergi pasar raya dengan wang bantuan RM100 beli barang dan happy anak-beranak, saya rasa tertampar sangat kerana tak bersyukur."
"The reason nak jadi kaya sebenarnya bukan nak tolong orang luar, tapi lebih pada nak fullfill innerchild mama papa. Both come from poor family. Murahkanlah rezekiku ya ALLAH."
Sekadar info, SARA disalurkan bermula 15 Januari 2025 melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar.
Kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024. Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.
Sumber:
Mykasih,
KakSha_91