BUKAN hanya untuk melaram, emas adalah pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan. Buktinya seperti seorang wanita ini yang mendapat keuntungan RM16,404 hanya 'atas angin' daripada seutas rantai tangan emas.
Menerusi laman sosial TikTok @fishagold, berkat bijak berbelanja, pelanggan wanitanya mendapat laba hampir lapan kali ganda daripada barang kemas yang dibelinya 23 tahun lalu itu.
"Jual balik emas ni memang makcik kaya. Beli emas tahun 2002 dengan harga RM2,314. Hari ni, tahun 2025, jual balik dapat RM18,718!
"Untung bersih RM16,404 tanpa buat apa-apa. Hanya peram emas sahaja!


Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
"Dalam 23 tahun, harga emas naik kaw-kaw! Beli emas tak pernah rugi, cuma ramai lambat sedar termasuklah Fiesha dulu!," kongsinya.
Menurutnya, beliau belajar pengalaman menguruskan pelanggan daripada pelbagai latar belakang.
"Bila jumpa macam-macam client, daripada situ baru Fiesha banyak belajar bahawa menyimpan emas itu penting.
"Kalau dahulu tahu, confirm sudah kumpul banyak! Tapi tidak mengapa, belajar dan bermula dari sekarang, lebih baik daripada tidak mula langsung.
"Emas bukan untuk kaya cepat, tetapi untuk kaya selamat," kongsinya.
Menerusi komen, daripada warganet rata-rata menzahirkan rasa kagum dan nekad untuk menyimpan emas sebagai pelaburan jangka masa panjang.
"Betul sangat. Saya dapat bonus tahun 2001 beli rantai dan gelang emas total 67 gram baru RM2,600. Alhamdulillah ada sampai sekarang. Kalau tak beli emas duit habis begitu sahaja."
"Emak saya dari kecil suka beli di Habib. Rantai leher dulu tak sampai RM3,000. Sekarang kedai ambil dengan harga RM12,000."
"Saya beli gelang 54 gram tahun 2019 sekarang 2025 mungkin RM16,000. Kalau tahu emas naik mendadak memang saya akan beli emas banyak-banyak."
7 INFO EMAS PERLU TAHU
Gambar hiasan
Nilai emas ditentukan mengikut gred, kualiti dan jenis emas. Berikut tujuh jenis anda perlu tahu!
1. Emas 999
Jenis emas 999 adalah emas asli yang mempunyai ketulenan 99.9 peratus. Ia juga turut dipanggil emas 24K. Jenis emas yang paling mahal ini sesuai digunakan untuk pelaburan dan juga simpanan.
2. Emas 950
Emas 950 ini adalah jenis emas yang seringkali digunakan dalam pembuatan cincin dan gelang tangan. Jenis emas yang dikenali sebagai 23K ini mempunyai kandungan emas sebanyak 95 peratus dan 5 peratus pula adalah campuran bahan lain.
3. Emas 916
Emas 22K juga adalah nama lain bagi emas 916 ini. Emas ini paling banyak digunakan dalam penghasilan gelang tangan, rantai, cincin dan barang perhiasan wanita. Ia terdiri daripada 91.6 peratus emas, 5 peratus perak, tembaga 3.4 peratus dan bahan lain sebanyak 8.4 peratus.
Gambar hiasan
4. Emas 835
Orang Kelantan pasti amat mengenali emas ini kerana ia amat popular di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Emas yang turut digelar emas 20K ini mempunyai 83.5 peratus kandungan emas manakala 16.5 peratus adalah kandungan campuran bahan yang menguatkan emas tersebut.
5. Emas 18K
Emas 18K juga terdapat di Malaysia yang mana ia mengandungi beberapa bahagian. Bahagian emas adalah sebanyak 18, 6 pula adalah bahagian satu atau lebih logam dengan 75 peratus adalah emas.
6. Emas 14K
Emas 14K terdiri daripada kandungan emas sebanyak 58.3 peratus, 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih logam. Kita boleh membuat semakan di mana-mana kedai emas untuk memastikan ketulenan emas tersebut.
7. Emas 12K
Mengandungi 12 bahagian emas, Emas 12K juga mempunyai 12 bahagian daripada satu atau tambahan logam. Ketulenan emas bagi emas 12K adalah sebanyak 50 peratus emas. Semakin banyak campuran bahan lain, semakin membolehkan emas menukar warnanya. Ia dicampur dengan bahan lain untuk menjadikannya lebih keras dan tahan lasak berbanding mengekalkan keaslian sifat lembut emas tersebut.
Sumber: ">TikTok