Sebelum ini pernah tular kisah anak kepada pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania, yang mengalami keguguran.
Rentetan daripada itu, baru-baru ini Marissa ada berkongsi foto pusara bayinya menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, bersama luahan isi hatinya.
Marissa, yang juga isteri kedua kepada pempengaruh Aslam, meluahkan rasa syukur kerana diberikan kesempatan merasai nikmat hamil dan melahirkan anak, meskipun kemudian diuji apabila tidak berpeluang menjaga cahaya matanya itu.
"Tiada siapa yang boleh melindungimu seperti mana saya lakukan. Walaupun kamu sudah tiada di sini, apa pun yang berlaku, saya akan sentiasa menjadi pelindungmu.
"Alhamdulillah saya sempat mengandungkan dan melahirkan, cuma tak ada peluang untuk menjaga anak saya. Tapi itu bukan bermakna tiada kasih sayang dan ruang untuk berkata sesuka hati,” tulisnya.

