Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menafikan dakwaan bahawa beliau menerima bayaran untuk membuat persembahan sempena program Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa.
Perkara itu dijelaskan melalui satu hantaran di Instagram pemilik nama penuh Siti Nurhaliza Tarudin.
Siti Nurhaliza yang mesra disapa Tokti, menyatakan beliau hadir ke majlis tersebut sebagai tetamu dan tidak menerima sebarang bayaran.
"Saya diundang sebagai tetamu, saya hadir dan datang menyantuni majlis. Saya dengan rela hati membuat persembahan (saya tidak diundang atas kapasiti artis yang membuat persembahan), saya hanya ingin menghiburkan semua yang ada semalam, malah saya turut ke majlis-majlis lain dan kebanyakan tahu, saya akan menyanyi jika keadaan mengizinkan.
"Kepada semua yang menyampaikan hal palsu ini, baik media, individu, netizen, saya berharap agar anda sedar akan implikasi fitnah kepada seseorang,” tulisnya.
Siti Nurhaliza jelas isu terpalit KKM, nyanyi dengan ikhlas hiburkan majlis ‘.. jangan bangkitkan sesuatu yang akhirnya jadi fitnah'
Iklan