Selalu banding, rendahkan anak-anak. Mak ayah elak jadi toksik dalam keluarga!

Iklan
Untitled design (6)

Lain orang, lain cara didikan untuk anak-anak. Namun dengan pendekatan yang berbeza ini tanpa disedari, sikap ibu bapa ini sebenarnya toksik bagi anak-anak.

Iklan
Iklan

Malah, sikap sedemikian boleh meninggalkan kesan buruk buat mereka.

Bukan itu sahaja, ada segelintir yang enggan meminta maaf atau mengakui apa yang dilakukan itu adalah salah.

Berdasarkan penulisan Dr Taufiq Razif di laman Facebook miliknya mengatakan, keluarga yang sebegini lebih bahaya dari kawan yang toksik.

Iklan

Ada 12 tanda bahawa selama ini ibu bapa menjadi toksik untuk anak-anak. Antaranya :-

    Iklan

  1. Terlampau fokus pada diri sendiri sahaja.
  2. Enggan beri peluang langsung untuk anak buat pilihan sendiri.
  3. Selalu merendah-rendahkan anak di depan adik-beradiknya yang lain.
  4. Anak dibanding-bandingkan sampai umur dewasa
  5. Disebut-sebut kelebihan anak yang lain tanpa peduli perasaan anak tersebut.
  6. Nak masuk campur semua hal sampai ke tahap rumah tangga anak.
  7. Paksa anak sambung cita-cita mak ayah yang tak kesampaian.
  8. Selalu buat anak rasa dirinya sangat bersalah atau tak berguna dalam semua hal.
  9. Anak dipanggil dan dilabel dengan gelaran yang tak disukai. Kadangkala sampai dewasa!
  10. Kurang empati pada anak. Memang tak boleh nak memahami perasaan si anak itu.
  11. Jadi cemburu dengan anak sendiri. Tak boleh tengok anak senang.
  12. Selalu guna ugutan dan kekerasan kalau nak anak taat dan dengar cakap.

Ada tak antara 12 tanda ni yang kita buat tapi tak sedar? Jika ada, boleh la ubah sebelum terlambat.

Bukan apa, perbuatan kita ini sebenarnya sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan buruk kepada anak-anak.

Membesar dengan keluarga toksik ini boleh menyebabkan wujudnya cabaran kepada anak.

Antara keburukan sikap toksik ibu bapa kepada anak-anak adalah:

1. Gangguan kegelisahan

Membebani anak dengan perkara yang tidak sesuai mengikut usia dan lebih banyak tanggungjawab berbanding apa yang boleh dipikul meningkatkan tahap kebimbangan dan kegelisahan mereka.

Dalam masa yang sama, ia secara tidak langsung mengakibatkan mereka berasa tidak bersedia untuk menguruskan sesuatu tugasan.

 

2. Gangguan stres pasca trauma (PTSD)

Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang gemar mendera lebih berisiko untuk mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

Apabila anak semakin berwaspada terhadap sesuatu perkara, mereka cenderung menjangkakan lebih banyak bahaya pada masa hadapan.

 

3. Mengkritik dan menyalahkan diri sendiri

Ibu bapa sebegini mengamalkan kasih sayang bersyarat dan membuatkan anak berasa tidak layak untuk dikasihi.

Anak akan kerap menyalahkan diri sendiri dalam segala perkara dan berasa tertekan untuk membuktikan keupayaan diri.

 

4. Peningkatan masalah kesihatan

Anak-anak yang membesar dalam persekitaran tidak sihat ini juga mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah jantung dan sistem imun yang lemah akibat tekanan kronik dan pengalaman traumatik.

 

5. Tidak dapat membuat keputusan sendiri

Anak-anak juga didapati sukar untuk mengatakan ‘tidak’ kepada sesuatu perkara apabila dewasa kelak kerana mereka tidak dibenarkan untuk menentukan kehidupan sendiri.