Raih 5A SPM di balik tirai besi, banduan nekad ubah diri, enggan ulangi perbuatan lampau

Iklan

BERADA di sebalik tirai besi tidak menghalang para pesalah juvana meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dua banduan dari Sekolah Integrasi Marang, Terengganu berkongsi kejayaan apabila memperoleh keputusan baik dalam SPM 2024 sekali gus membuktikan pendidikan bakal mengubah nasib.

Iklan
Iklan

Dua pelajar Sekolah Integrasi Marang yang masing-masing berusia 21 dan 20 tahun memperoleh 5A dan 2A, mengakui cuba mengubah diri untuk lebih matang dan tidak mengulangi perbuatan lampau.

Tangkap layar YouTube Buletin TV3 Tangkap layar YouTube Buletin TV3
Tangkap layar YouTube Buletin TV3

Iklan

Kedua-duanya bersyukur diberikan kesempatan menduduki peperiksaan tersebut biarpun sedang menjalani hukuman.

"Saya di sini diberi peluang ambil SPM. Jadi saya buat dengan bersungguh-sungguh.

Iklan

"Terima kasih kepada Pengarah Penjara, para pegawai dan guru-guru kerana banyak membantu saya di sini," kongsinya.

Tangkap layar YouTube Buletin TV3

Sementara itu, seorang lagi pelajar nekad ingin mengubah masa hadapan enggan dibayangi momen lalu.

"Apa cikgu yang ajar, kita ikut sahaja. Saya hendak masa depan menjadi lebih baik daripada yang lepas," katanya.

Mereka yang sedang menjalani hukuman penjara selama empat dan lapan tahun mahu keputusan SPM menjadi pendorong untuk mengubah nasib diri apabila dibebaskan kelak.

6 info Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney

1-Penubuhan Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney adalah untuk menyediakan pendidikan secara formal di institusi penjara dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.

2-Pendidikan di penjara ini disediakan kepada penghuni yang berumur antara 15 hingga 21 tahun.

3-Terdapat dua kumpulan pelajar yang bersekolah iaitu juvana di Sekolah Henry Gurney dan banduan muda di Sekolah Integriti.

4-Bermula pada tahun 2008, enam SI dan dua SHG ditubuhkan bagi memberi peluang kedua kepada juvana dan banduan muda memperbaiki diri dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

5-Sehingga 2017, terdapat lapan buah SI dan empat buah SHG di seluruh negara.

6-SHG diwujudkan pada tahun 1949.Ia awalnya dinamakan Sekolah Akhlak Tertinggi pada tahun 1949 dan ditukar kepada Sekolah Latihan Pemuda pada tahun 1950, seterusnya menjadi Henry Gurney School pada 15 Mei 1950.

Kredit Buletin TV3