PENGALAMAN mendewasakan. Itulah kata-kata yang sesuai digambarkan kepada penyampai radio Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin atas ujian yang menimpa mereka Mac lalu.
Nabil ketika ditemui SinarPlus baru-baru ini berkongsi pesanan ibu yang membuatkan dirinya berasa tenang ketika berdepan dengan ujian pada awal Mac lalu.
Menurut Nabil, ibunya memintanya untuk tidak berasa bimbang dalam soal rezeki memandangkan ia semua datang daripada Allah.
"Saya ada mengadu kepada ibu minta dia doakan. Kata ibu jangan risau. Dia pesan ‘majikan’ kita adalah ALLAH. Apa sahaja berlaku ALLAH tahu dan itulah yang terbaik.
"Saya tak pernah rasa ‘down’ seperti itu dan pesan ibu membuatkan saya tenang,” katanya ketika ditemui.
Pesan ibu jadi sumber ketenangan Nabil Ahmad. '‘Majikan’ kita adalah ALLAH'
Iklan