MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) menampilkan Elegan EX Facelift dengan nilai estetika yang diperbaharui dan pengalaman tunggangan lebih premium.
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, Elegan EX sudah menjadi pilihan ramai penunggang tempatan yang mementingkan keselesaan, praktikal dan prestasi.
Iklan
Iklan
"Versi baharu ini lebih menarik dengan rekaan kontemporari dan penambahbaikan dari segi fungsi, sekali gus memastikan pelanggan kami terus menikmati pengalaman tunggangan yang eksklusif,” katanya.
Model yang ditawarkan pada harga RM17,780 itu hadir dengan dua pilihan warna premium iaitu deep blue dan plain grey.
Iklan
Berikut antara pembaharuan Elegan EX Facelift:
- Skrin angin lebih sporty untuk menambah baik aspek aerodinamik.
- Lampu isyarat hadapan LED untuk kecekapan tenaga dan tahap keterlihatan pada waktu malam.
- Logo dikemas kini pada komponen utama termasuk meter kelajuan, kunci pencucuh dan fender belakang.
- Dikuasakan enjin 249cc, penyejukan cecair SOHC, Elegan EX mampu menghasilkan kuasa sebanyak 22.4hp pada 7,000rpm dan tork 22.4Nm pada 6,500rpm.
- Transmisi CVT untuk pecutan yang lebih lancar dan tangki bahan api berkapasiti 14 liter.
- Model dilengkapi dengan brek cakera hadapan dan belakang bersama sistem ABS serta sistem suspensi hadapan teleskopik selain penyerap hentak berkembar di belakang.
Iklan