Seronok menaiki gelongsor air di kolam renang dewasa, dua kanak-kanak hampir lemas. Ibu bapa tak dapat dikesan

Iklan

PERCUTIAN sekeluarga yang sepatutnya menjadi memori indah bertukar sebaliknya apabila dua orang kanak-kanak hampir lemas di hadapan mata mereka.

Menerusi perkongsian seorang bapa menerusi akaun TikTok miliknya, j.e.b.a.t.8.5. pada ketika itu dia sedang sibuk memakaikan pelampung pada anaknya di tepi kolam renang.

Iklan
Iklan

Katanya, kelihatan dua orang kanak-kanak kecil berani menaiki gelongsor air di kolam renang dewasa. Lelaki itu menyangka kanak-kanak berkenaan mempunyai kemahiran berenang maka dibiarkan sahaja aksi itu.

Namun, beliau berasa tidak sedap hati apabila melihat kedua-duanya mula terkapai-kapai. Tanpa berlengah, lelaki tersebut segera terjun bagi menyelamatkan kanak-kanak itu.

Iklan

Pada masa sama, beliau berasa terkilan kerana tindakan lambat anggota penyelamat yang menjaga kolam renang di situ. Baginya, perkara begini tidak septutnya berlaku ditambah pula ia merupakan hotel terkemuka di ibu negara.

Lebih menyakitkan hati, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut tidak munculkan diri walapun mereka telah diselamatkan.

Iklan

Tidak tahu ke mana ibu bapa tersebut, dia merasakan apa yang berlaku ini menunjukkan sifat tidak bertanggungjawab penjaga yang sewajarnya menjaga anak-anak sebaik mungkin.

Jika perkara yang buruk berlaku, menyesal pun tiada berguna lagi.