PELAKON dan usahawan popular, Zara Zya, tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa seorang individu yang dikenali sebagai Mohd Hazri Hisyam Ab Wahab menyamar sebagai dirinya untuk memperdaya orang ramai.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin di laman Instagram miliknya, memaklumkan lelaki tersebut menggunakan pelbagai helah termasuk menghantar mesej secara bertulis dan bercetak melalui aplikasi WhatsApp semata-mata untuk memperdaya mangsa dan meraih wang.
"Dia cipta cerita kononnya ada projek usaha sama antara saya dan syarikat penerbangan Malaysia Airlines. Malah, dia turut mendakwa saya ada hubungan istimewa dengannya dan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Semuanya tipu semata-mata,” ujar beliau.
Zara Zya dedah lelaki menyamar jadi dirinya, tipu mangsa. 'Dakwa ada hubungan & bakal berkahwin masa terdekat'
Iklan