13 tahun masih dalam sampul, Ridzokumura dedah arwah isteri simpan duit raya anak sejak lahir. 'Nanti boleh tunai haji'

Iklan

PEMERGIAN isteri pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura, Akiko Okumura pada Februari lalu terus dirasai.

Terkenal dengan sifat teliti dan tersusun, wanita kelahiran Jepun itu rupanya masih menyimpan duit raya yang diterima anak tunggal mereka, Sky Taizo Okumura sejak lahir.

Iklan
Iklan

Tidak hanya masih menyimpan helaian wang kertas berkenaan, wanita itu dengan cermat memastikan ia berada rapi di dalam sampul biarpun sudah memasuki 13 tahun.

Ridzokumura atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib berkongsi hal berkenaan menerusi live di TikTok.

Iklan

"Arwah ibunya simpan dan setiap sampul itu dia tahu siapa yang bagi. Ini daripada umur dia setahun hingga sekarang sudah 13 tahun.

Iklan

"Dalam ini semua ada duit, kami tak pernah buka pun. Sebelum ini arwah ibunya tak bagi saya usik sampul-sampul ini," katanya.

Menunjukkan sampul pelbagai warna, Ridzuan berhasrat untuk menyimpan wang tersebut untuk Sky menunaikan umrah atau haji.

"Sekarang saya kena buka semua sampul dan simpan.

"Saya akan simpan semua duit Sky ini di dalam akaun Tabung Haji, jadi suatu hari nanti Sky boleh menunaikan ibadah haji," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan arwah Akiko sebagai seorang ibu yang amanah kerana menjaga wang milik anaknya sehingga akhir hayat.

"Alhamdulillah. Murah rezeki Sky, arwah mommy pun bagus betul gigih simpankan duit raya anak. Simpan dalam Tabung Haji untuk Sky."

"Bagus arwah tidak usik pun duit Sky. Hak anak tetap hak anak."

"Amanah betul arwah Akiko, al-Fatihah buatnya."

Imbas kembali, Akiko meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.

Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009.

Sumber: TikTok