BAGI sesetengah anak remaja, tinggal di asrama mungkin menjadi pengalaman yang mencabar, lebih-lebih lagi apabila hati masih kuat terikat pada rumah dan keluarga.
Itulah yang dipercayai berlaku kepada Anas Baihaqi Miqdad Johari, seorang pelajar berusia 13 tahun dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pekan, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarganya dipercayai kerana enggan kembali ke asrama.
Segala-galanya bermula apabila ibunya menyedari ketiadaan Anas dalam bilik tidurnya kira-kira jam 4 petang semalam.
Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, sebelum kejadian, ibu mangsa yang berusia 41 tahun memaklumkan Anas Baihaqi masih berada di rumah sekitar pukul 3.30 petang.
"Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pengadu menyedari anaknya tiada lalu mencarinya di sekitar kawasan perumahan tetapi gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Remaja 13 tahun dilaporkan hilang selepas enggan kembali ke asrama. 'Pernah suarakan tidak sanggup berjauhan daripada keluarga'
Iklan