Pilu! Ibu tidak berganjak dari kubur walau hujan lebat, rupanya kisah sebenar menyentuh hati. 'Arwah anak sulung harapan keluarga'

Iklan

KASIH ibu bapa kepada anak sepanjang masa biarpun kini sudah berbeza alam. Setia berada di sisi pusara cahaya matanya dalam hujan yang lebat, video wanita menjadi tular selepas dimuat naik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar.

Badrul yang kebetulan berada di tanah perkuburan tersebut untuk menziarahi pusara anaknya tersayat hati dengan keadaan itu.

Iklan
Iklan

"Dalam perjalanan menziarahi pusara anak saya, hati ini tersentuh melihat seorang ibu di bawah rintik hujan.

"Menatap kubur dengan perasaan yang sukar digambarkan. Kehilangan yang mendalam, namun doa dan harapan tetap bersemadi di setiap hembusan nafas.

Iklan

"Semoga roh mereka tenang dan damai di sana. Al- Fatihah," kongsi bekas pemain bola sepak Kedah FA itu.

Rupanya ada kisah lebih menyentuh hati di sebaliknya. Demi kerinduan mendalam si ibu sanggup merentas negeri dari Pantai Timur ke Utara bagi menziarahi pusara di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin, Sungai Petani.

Iklan

Hantaran Baddrol menerusi laman sosial TikTok menjadi tular dengan lebih 700,000 tontonan. Ia juga menuai komen daripada seorang wanita yang mengaku sebagai menantu wanita berkenaan dan isteri si mati, Allahyarham Muhammad Fazrin Abdul Wahid.

"Itu mak mentua saya dan itu kubur arwah suami. Emak mentua datang dari Terengganu nak melawat arwah anak dia.

"Al-Fatihah untuk arwah suami saya. Terima kasih atas doa," kongsi Nurul Nabilah Rizal menerusi ruangan komen.

Difahamkan, Allahyarham Muhammad Fazrin meninggal dunia pada 27 Oktober tahun lalu akibat pneumonia.

Nur Nabila di samping Allahyarham Muhammad Fazrin dan anak tunggal mereka

"Saya tahu betapa sayangnya emak mentua kepada arwah suami. Setiap kali datang ke Kedah, dia akan bermalam di rumah saya, dan hubungan kami memang sangat rapat.

"Arwah suami merupakan anak sulung daripada lapan beradik dan menjadi harapan keluarga. Dia seorang yang baik, ringan tulang dan tidak pernah meninggikan suara,” katanya.

Nurul Nabilah berkata, dia berasa terharu melihat komen serta doa orang ramai untuk ibu mentuanya, dan berharap agar wanita itu terus dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

"Rezeki saya kerana mendapat suami dan keluarga mentua yang baik. Saya harap mereka yang menonton video itu mendoakan emak mentua supaya terus sihat dan tabah,

"Untuk emak (mentua), terima kasih sebab selalu ziarah kubur suami dan anggap saya macam anak sendiri selama ini,” katanya.

Nur Nabila kini fokus membesarkan anak lelaki yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham iaitu Muhammad Ali Al-Uthman Muhammad Fazrin, 6.

Katanya, selagi hayat dikandung badan, hubungan baik dengan keluarga mentua akan terus dijaga.

Sekadar info, hubungan mahram menantu dan ibu bapa mentua tidak hilang walaupun berlaku kematian dan terus menjadi mahram secara muabbad yang bermaksud selamanya.

Sumber: Sinar Harian