PEREKA fesyen terkenal, Christy Ng bukan saja menjadi bualan ramai dek rekaan kasut, beg dan aksesori yang unik.
Malah, perkongsian konten di media sosial oleh pemilik nama sebenar Christina Ng yang sentiasa mengikut trend semasa itu memang nampak cool dan bergaya.
Mana tidaknya, posting terbaharu di platform TikTok dengan kapsyen ringkas: Bila lepas tengok filem Blood Brothers membuatkan ramai angkat topilah.


Dibantu dengan staf yang sporting sebagai body guard, Christy berbusana batik itu melangkah persis ratu cantik dengan gaya bersahaja.
Lawaknya, terdapat insiden melucukan semasa penggambaran tersebut namun pemilik jenama Christy Ng Shoes tak goyah dan meneruskan langkah.
Hasilnya, video pendek berdurasi 46 saat itu menerima lebih 49,000 tanda suka dan 676 komen, malah angka semakin meningkat.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
"Christy jangan laaa serious sangat, chill laa staff you terkentut tu.” - Wann Megat
"Macam mane Ms Christy boleh selamba time part kentut tu.” - QarliffDanial
"Nokhoreyyy yang kentut tu. Kat tepi muka dia bagi...” - ShahS
"3x aku ulang wei, part terkentut tu betul-betul ka haha.” - DurianMentah
"Ni baru the real BLOOD BROTHERS.. tapi part yang terkentut tu tak tahan gelak lah .” - FloraLa
"Orang duk gelak time kentut. Christy boleh tahan gelak.” - Ashiyaaa
"Lain macam dia punya content.. hahaha menceriakan hari-hari saya.” - Mimin Mika
"Tak, sekarang ni dorang ni jual beg/kasut ke jual content.... hahhaha hebat-hebat content dorang.” - wirda
Meninjau komentar tersebut, wanita cantik berasal dari Kluang, Johor dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor itu turut berkongsi balasan.
"Perasan sangat kuat. I tahan sebab nanti kena retake banyak kali sampai besok tak siap nanti.”
Sementara itu, ramai yang puji team produksi Christy memang kreatif.
"Honestly their content creator and marketing need a raise. Best tul videos Christy Ng.” - Hannpaw
Tak kurang juga mengagumi kecantikan Christy dalam busana Melayu.
"Yang aku perasan.. Christy Ng memang suka pakai motif batik....” - d'mar
"Aku perati je batik skirt Christy cantik sangat!!!!!!.” - Pesto