URUSAN penceraian melibatkan Along Cham dan isteri, Afreena Suhaimi tidak berjalan dengan lancar apabila kes pengesahan lafaz taklik mereka ditangguhkan ke tarikh lain.
Along atau nama sebenar Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, ketika ditemui SinarPlus mendakwa Afreena sendiri menjadi punca kes penceraian mereka berlarutan apabila berbohong mengenai lafaz rujuk yang dibuatnya pada Jun tahun lalu.
"Sebelum ini dia beritahu nak percepatkan kes, tetapi apa yang berlaku, dia pula tak mengaku (lafaz rujuk) dan kes menjadi semakin panjang.
"Dia tahu apa yang dia sudah buat... Sepatutnya mengaku sahajalah, semuanya boleh selesai hari ini.
"Disebabkan dia tak mengaku berlakunya rujuk, kes terpaksa dibicarakan lagi dan itu membuatkan saya rasa sangat kesal.
"Selepas rujuk dia menipu lagi, mana tak naik darah saya? Sebab itulah lafaz taklik berlaku dan itu pun dia tak mahu mengaku sampai sekarang,” katanya selepas perbicaraan kes pengesahan lafaz taklik yang difailkan terhadap Afreena di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Khamis.
Along Cham dakwa isteri tidak mengaku lafaz rujuk, punca kes cerai berlarutan
Iklan