SALAH satu tanggungjawab seorang bapa ialah menjadi pelindung kepada isteri dan anak-anak.
Namun, terdapat segelintir individu yang tidak layak untuk digelar sedemikian.
Seorang juruteknik penyaman udara berusia 40 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliw@t anak tiri perempuan yang berusia sembilan tahun, awal bulan lalu.
Memetik laporan Awani, tertuduh yang merupakan bapa tiri kepada mangsa, didakwa sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu di balkoni kediamannya di Cheras pada pukul 2 pagi.
Tertuduh dikatakan mempunyai dua orang isteri dan memiliki dua buah rumah di Cheras dan Alam Damai. Mangsa ialah anak kepada isteri keduanya daripada perkahwinan terdahulu wanita tersebut.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Peguam tertuduh memohon ikat jamin atas alasan anak-anaknya masih bersekolah dan tertuduh bertanggungjawab menghantar serta mengambil mereka.
Tambahan pula, salah seorang anaknya menghidap penyakit jantung dan memerlukan rawatan susulan secara berkala.