KASIH sayang mendalam seekor ibu gajah di Lebuh Raya Timur–Barat meruntun hati rakyat Malaysia.
Masakan tidak, menerusi video tular gajah berdurasi 11 saat gajah betina berkenaan dirakam cuba menolak sebuah lori untuk menyelamatkan anaknya yang terperosok di bawah lori berkenaan.
Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:
1-Kemalangan difahamkan berlaku kira-kira jam 2 pagi di itu berlaku di Kilometer 80, Lebuhraya Timur–Barat (JRTB) Gerik-Jeli membabitkan sebuah lori muatan ayam dan seekor anak gajah.
2-Pemandu terbabit pada mulanya melihat seekor gajah dewasa sedang makan rumput di bahu jalan sebelah kanan dan menyangka laluan itu selamat sebelum meneruskan perjalanan.
3-Difahamkan, pemandu lori tidak sempat mengelak seekor anak gajah yang keluar dari hutan secara mengejut dan melintas jalan.
4-Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu lori tidak sempat berhenti lalu melanggar anak gajah tersebut yang mati di tempat kejadian.
5-Akibat pelanggaran itu, ibu gajah yang melihat kejadian bertindak menyerang lori dipercayai kerana marah dan cuba melindungi anaknya.
6-Kira-kira pukul 2.50 pagi itu, seekor gajah betina dewasa dipercayai ibu kepada anak gajah tersebut bertindak agresif dengan menghentam bahagian hadapan lori berkenaan sehingga rosak.
7-Tidak berganjak dan menangis, ibu gajah tersebut dilihat seperti diam membisu dengan kepala haiwan itu bersandar pada pintu lori.
8-Menerusi sebuah video di TikTok, difahamkan ibu gajah berkenaan setia menunggu anaknya yang sedang berada di bawah lori dan menunggu anak dikeluarkan.
Artikel berkaitan:
- Kasih sayang tulus, detik emosi gajah melawat tuannya terlantar sakit menyentuh hati
- Ada kesan darah bersama najis, gajah betina mati terduduk di Padang Terap
- Aksi comel anak gajah baring keletihan, berjalan sejauh 500km curi perhatian
- Sakit dan tertekan emosi punca gajah naik minyak sampai pijak penjaga
9-Menerusi video lain, dikatakan berlaku proses ‘memujuk’ ibu gajah tersebut yang telah diberikan ubat pelali.
10-Proses memujuk ibu gajah amat menyedihkan apabila haiwan berkenaan kelihatan berdiri walaupun sudah tidur akibat ubat pelali. Tapi kakinya masih kuat masih lagi berdiri menunggu anaknya.
11- Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff memaklumkan pihaknya menerima maklumat berkaitan insiden itu sekitar jam 3.30 pagi.
12-Hasil pemantauan mendapati seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun maut selepas dipercayai dilanggar lori ketika cuba melintas jalan.
13-Namun, apa yang lebih memilukan, mata ibu gajah tersebut dianggarkan berusia 25 hingga 27 tahun dengan berat dianggarkan 2.2 tan itu dilihat menitiskan air mata. Malah menurut pengguna Facebook Amir Faizal, haiwan berkenaan mengeluarkan bunyi seolah menangis.
14-Kakitangan Perhilitan digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi memantau dan menenangkan ibu gajah tersebut untuk dialihkan ke kawasan lebih selamat.
15-Pelali digunakan mengikut dos sesuai berdasarkan berat gajah tersebut bagi membolehkan ia dibawa ke hutan berhampiran dan lokasi pemindahan hanya sekitar satu kilometer dari tempat kejadian.
16-Menurut Perhilitan, gajah itu kemungkinan akan kembali ke lokasi kejadian namun pihaknya berharap ia akan bertemu dengan kumpulan gajah lain dan terus mengikut kumpulan tersebut.
BUNTING 22 BULAN
Warga maya turut tersentuh dan menitiskan air mata susulan kejadian itu.
Terbaharu, sebuah video bertajuk 'Perjalanan seekor baby gajah sebelum dilanggar lori' dipercayai memaparkan ibu dan anak gajah berkenaan tular di laman sosial membuatkan netizen lebih sayu.
Menerima 24,000 tanda suka, rata-rata warga maya tidak dapat menahan air mata melihat kasih sayang ibu kepada anaknya.
"Berita hari ibu paling sedih hari."
"22 bulan bunting, hampir dua tahun bawa perut ke sana sini. Siapa yang tak sedih kecewa kan. Kalaulah kita boleh dengar suara ibu gajah menangis dan meraung.”
"Sampai siang kan gajah tu duduk situ. Sedih tengok kat video TikTok lain. Sampai cerah dah baru dia orang tarik. Itu pun gajah keras berdiri macam tu saja.”
"Sedihnya sampai pagi ni tak lari. Trauma tu makan masa. Sifat gajah yang penyayang tak ubah seperti manusia. Hiba hati ibu gajah kehilangan akan ambil masa yang panjang untuk pulih."
Sumber: Sinar Harian, TikTok