SEMALAM satu Malaysia meratapi nasib seekor gajah betina yang kematian anaknya dalam kemalangan maut selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 80, Lebuhraya Timur–Barat (JRTB) Gerik-Jeli.
Ia bukan sekadar kematian biasa dan meluluhkan hati kerana berlaku tepat pada Hari Ibu.
Tidak berganjak dan menangis, gajah betina itu dilihat diam membisu dengan kepalanya disandarkan pada pintu lori.
Haiwan itu setia menunggu anaknya yang terperosok di bawah lori yang dipercayai masih hidup ketika awal kejadian.
Ia langsung tidak berganjak walau seinci!
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @kek_pis17g berkongsi sebuah video memaparkan seekor gajah dipercayai ibu gajah berkenaan kembali ke lokasi kejadian.
"Ya ada tuan betul tempat kejadian semalam. Sayunya hati, ia tengok ke arah jalan," titipnya pada video yang meraih 1.7 juta tontonan.
Sementara itu, pemilik akaun TikTok Wafiy Zulkhairi juga berkongsi video memaparkah seekor gajah dipercayai gajah betina berkenaan berlegar-legar berhampiran tempat kemalangan.
"Lalu jalan Jeli-Gerik tadi. Nampak ibu gajah ini masih mencari anaknya yang sudah mati dilanggar lori.
"ALLAH hantar gajah untuk jentik hati manusia Teruslah menghargai momen yang ada bersama dan muliakan ibu."
"Ibu gajah kembali mungkin kembali ke tempat kejadian kerana mungkin ingat anaknya masih ada di atas jalan raya."
"Sedihnya. Gajah ingatannya lama. Jika terpisah dengan penjaga pun bila jumpa semua ia akan ingat."
"Mungkin tercari-cari, ke manalah manusia bawa anaknya pergi. Sedihnya..."
"Di sini aku belajar anak kehilangan ibu tidak sesakit ibu yang kehilangan anak."
Artikel berkaitan:
- Kasih sayang tulus, detik emosi gajah melawat tuannya terlantar sakit menyentuh hati
- Ada kesan darah bersama najis, gajah betina mati terduduk di Padang Terap
- Aksi comel anak gajah baring keletihan, berjalan sejauh 500km curi perhatian
Menurut World Animal Protection, berikut beberapa fakta penting tentang gajah:
1-Tempoh kehamilan gajah adalah yang paling lama dalam alam haiwan iaitu sekitar 22 bulan.
2-Gajah mempunyai ingatan yang luar biasa. Ini memainkan peranan penting dalam menurunkan pengetahuan penting kepada anak-anak mereka. Daripada mengenal pasti sumber air hingga mengenali potensi ancaman, ibu gajah menyumbang secara signifikan kepada kemahiran hidup anak-anaknya.
3-Ibu gajah pelindung yang garang. Mereka seolah perisai kepada anak apabila hampir dengan bahaya hampir. Seluruh kawanan gajah akan terlibat untuk memastikan keselamatan gajah muda.
4-Ia mempunyai ikatan unik melalui sentuhan dan bunyi menerusi sentuhan belalainya dan bunyi yang dihasilkan.
5-Dalam sesetengah keadaan, gajah betina boleh mengambil dan menjaga anak gajah tanpa ibu bapa ke dalam kumpulan mereka, menunjukkan rasa belas kasihan.
6-Gajah, yang terkenal dengan kecerdasan dan kedalaman emosi. Ia akan berkabung apabila ahli keluarga atau anak matu. Antara cara ia memberikan ekspresi kesedihan termasuk berlama-lama di sekitar jasad dan menyentuh dlembut dengan membelai.
Sumber: TikTok 1, 2, World Animal Protection