Disangka demam & batuk biasa, rupanya petanda kanser limfoma. Aliah tetap raih 6A dalam SPM. Kisah pelajar ini bikin sebak!

Iklan

PENGHIDAP penyakit kanser amat memerlukan sokongan moral untuk meneruskan kehidupan. Bukan mudah untuk mereka menahan kesakitan dan berjuang untuk menghadapi ‘pembunuh’ utama ini.

Nur Aliah Batrisyia Mohiddin, 17, antara insan terpilih menghidap kanser limfoma dikala sedang bergelut menduduki peperiksaan awal tahun ini.

Iklan
Iklan

Demam, batuk berpanjangan, tidak boleh tidur malam dan sakit dada yang sukar antara gejala awal yang dihadapi oleh gadis ini. Bermula rasa tidak sihat pada 26 Disember 2024, bekas pelajar SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini tidak sangka bahawa beliau akan menerima berita sedih sepanjang hidupnya.

Kerisauan mulai timbul pada ibunya, Rohayu Ramli apabila anaknya jatuh sakit sedangkan tarikh peperiksaan SPM adalah pada 2 Januari 2025 iaitu tidak sampai seminggu sahaja lagi. Walaupun telah mendapatkan rawatan di klinik dan mengambil antibiotik namun batuknya masih belum sembuh.

Iklan

Rohayu menjadi saksi anaknya tetap bersungguh dan berusaha untuk membuat ulang kaji pelajaran dan menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan tidak sihat. Naluri ibu kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya.

Tidak mahu berlengah lagi, Rohayu membawa anaknya menjalani rawatan X-ray dan membuat imbasan CT scan. Hasilnya, mereka perlu mendapat rujukan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Iklan

Pada 6 Februari 2025, Aliah disahkan menghidap kanser limfoma. Siapa sangka, hanya bermula dengan demam dan batuk, rupa-rupanya itu adalah petanda kanser. Rasa sedih disulam dengan berita gembira apabila anaknya raih 6A dalam keputusan SPM.

Menanam impian untuk menjadi akauntan, Aliah tidak mahu putus semangat bertarung melawan kanser yang dihidapi. Rambut gugur serta badan menjadi lemah disebabkan kesan kemoterapi tidak langsung menggugurkan semangat anak gadis ini untuk mencapai impiannya.

Syukur beliau dikurniakan keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat buatnya. Beliau yang telah memohon kursus peringkat diploma dalam perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) memohon warganet semua untuk mendoakan agar diberikan kesembuhan.