GENAP sebulan selepas majlis pernikahan dan resepsi penyanyi Aisyah Aziz dan suaminya, Dr Amir, semalam telah berlangsung pula majlis menyambut menantu.
Pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi video di TikTok memaparkan momen sekitar majlis yang indah dengan alunan selawat dan ayat suci al-Quran yang menarik perhatian warganet di laman sosial.
"Usai mengacarakan resepsi indah penuh nuansa Islami. Resepsi Aisyah Aziz dan Dr Amir. Selawat qasidah dan bacaan ayat suci al-Quran menghiasi ruang dewan yang makmur,” kongsinya Fedtri.
Majlis sambut menantu diserikan dengan selawat dan al-Quran, Aisyah Aziz curi tumpuan tampil sopan berpurdah
Iklan