Tragis! Nahas selepas operasi, 9 anggota FRU maut & 3 cedera parah. Kemalangan babitkan lori pasir. 'Dua orang tersepit!'

Iklan

TULAR di laman sosial video yang memaparkan lokasi kemalangan tragis membabitkan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di Teluk Intan, Perak.

Lebih menyayatkan hati, sembilan anggota dilaporkan meninggal dunia manakala tiga cedera parah. Semuanya anggota FRU yang baharu sahaja pulang ke Ipoh selepas menjalankan tugas Op Chariot di Teluk Intan.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.54 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan

Kenderaan FRU berkenaan difahamkan membawa 15 penumpang dan pemandu.

Iklan

"Kemalangan melibatkan sebuah lori polis FRU telah berlanggar dengan sebuah lori membawa muatan batu. Terdapat dua mangsa yang tersepit di lori FRU.

"Setakat ini mangsa yang disahkan maut seramai lapan orang. Mangsa yang dikeluarkan telah dihantar ke hospital.

"Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian," katanya.

Kerja-kerja penyelamatan sedang dilaksanakan dan maklumat terkini akan disalurkan oleh pihaknya dari semasa ke semasa.

Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat. - BERNAMA