Siti Nurhaliza dedah pengalaman bersalinkan Aafiyah. 'Bengkung tak boleh pakai, rahim berdarah teruk...'

Iklan

Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman getir melahirkan anak sulungnya, Siti Aafiyah, termasuk pendarahan teruk selepas bersalin. Tok Ti mula bersenam hanya selepas habis berpantang atas nasihat doktor.

SEMPENA Hari Ibu baru-baru ini, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam siaran langsung di aplikasi TikTok berkongsi pengalaman peribadi ketika melahirkan anak sulungnya, Siti Aafiyah.

Mesra disapa Tok Ti, abak kelahiran Kuala Lipis. Pahang itu menceritakan bahawa beliau mengalami pendarahan yang teruk, khususnya di bahagian rahim, sejurus selepas melahirkan permata hatinya itu.

"Semua orang tahu, saya mula lambat (bersenam) sebab nak baik pulih dalaman dulu.

"Saya alami pendarahan yang teruk. Dalam rahim, banyak darah beku yang perlu dikeluarkan.

"Doktor tak benarkan saya usik. Bengkung pun tak pakai. Itu masalahnya,” katanya dalam video yang dimuat naik semula di akaun TikTok @rosmadiothman.

Tok Ti turut berkongsi bahawa beliau hanya mula bersenam selepas tamat tempoh berpantang, atas nasihat dan kebenaran doktor.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Beliau menyatakan penderitaan yang dialami ketika itu sangat tinggi, namun tetap bersyukur kerana ALLAH mempermudahkan urusan di bahagian lain.

"Lepas habis pantang baru saya berani bersenam. Saya tanya doktor, doktor cakap okey.

"Penderitaan saya masa tu sangat tinggi. Doktor sendiri cakap macam tu. Tapi alhamdulillah, ALLAH mudahkan bahagian lain.

"Ramai ibu lepas bersalin akan rasa sakit nak menyusu. Sakit dada, sakit dekat luka bersalin.

"Saya? ALLAH tak beri rasa semua tu. DIA gantikan dengan kemudahan lain. Itu rezeki saya sebagai ibu,” ujarnya dengan nada syukur.