BERITA baik buat ibu bapa yang sedang mencari alternatif susu buat seisi keluarga, PRIDE Family Milk Powder kini sudah berada di pasaran Malaysia.
Produk keluaran syarikat tenusu nombor satu dunia, Lactalis kini memperkenalkan bukan sekadar susu tepung yang sedap dan berkhasiat semata-mata, malah mesra poket.
Menurut Pengurus Besar Lactalis Malaysia, Paul Cazes, Lactalis tidak hanya membekalkan khasiat kepada famili, bahkan ia merupakan legasi dan tanggungjawab.
"Sebagai syarikat tenusu terkemuka di dunia, kami percaya produk tenusu memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan, perkembangan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan yang baik.
"Di Malaysia, pengambilan tenusu masih rendah dan pilihan untuk produk tenusu yang berkualiti tinggi masih terhad. Sebab itulah kami tampil untuk membawa kebaikan produk tenusu,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya percaya semua orang berhak untuk mendapatkan produk tenusu terbaik tanpa mengira latar belakang.
"Sebagai peneraju global dan pakar dalam bidang ini, kami berusaha untuk membina masa depan yang cerah dengan menyediakan produk tenusu berkualiti bagi menyokong pertumbuhan serta kesejahteraan semua."
Untuk rekod, PRIDE sudah lebih 25 tahun menjadi jenama pilihan ramai di Arab Saudi. Kini di bawah naungan Lactalis, produk tersebut kini sudah menembusi pasaran tempatan.
Selain lengkap dengan kalsium dan vitamin A, B2, D & E, minuman tenusu itu kaya dengan protein serta magnesium yang bagus untuk otot.
Sudah tersedia di pasar raya seperti AEON, Asiamart dan pasar mini seluruh negara. Untuk lebih info dan resipi menarik, jom follow mereka di Facebook, Instagram & TikTok!