RAMAI yang menganggap dengkuran sekadar bunyi ketika tidur dan tidak mendatangkan bahaya.
Begitu juga yang difikirkan oleh penyampai radio terkenal, Haniff Hamzah. Masalah itu tidak pernah dianggap serius sehinggalah beliau membincangkannya secara terbuka ketika bersiaran langsung di radio.
Topik yang dibincangkan itu menarik perhatian seorang doktor yang memberi teguran tentang bunyi dengkuran Haniff yang kedengaran seperti ada isu kesihatan.
Tersentak dengan nasihat itu, penyampai radio yang kini berusia 40 tahun itu mengambil langkah untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
"Doktor minta aku buat pemeriksaan tidur selama lapan jam di hospital.
"Dia wayarkan aku untuk periksa pergerakan otak, jantung dan semualah yang berkaitan,” kata beliau dalam satu perkongsian di TikTok miliknya.
Pun begitu, bapa kepada dua cahaya mata tersebut meluahkan rasa syukur dan lega apabila keputusan daripada pemeriksaan itu mengesahkan dia tidak mengalami masalah apnea tidur mengenai isu dengkur yang dihadapinya.
Haniff memaklumkan, dengkuran yang dihadapi berpunca daripada dirinya yang tidak mendapatkan tidur yang cukup.
"Bila keputusan dah keluar, aku berdebar. Adakah aku alami apnea tidur sampai nak kena tidur pakai mesin CPAP (Continuous Positive Airway Pressure)?
Haniff Hamzah syukur tak alami apnea tidur serius. ‘Aku kena amalkan kebersihan tidur’
Iklan