Lelaki muda terlepas peluang, anak perempuan Azhar taste dengan jejaka berusia dan botak. 'Nampak macam budak-budak...'

Iklan

ANAK kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman mengaku secara terbuka bahawa hatinya lebih terpaut pada lelaki yang berusia dan berimej botak

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Kasih Iris Leona Azhar mempersoalkan kecederungannya kepada lelaki berusia kerana kurang kurang tertarik dengan jejaka yang sebaya atau lebih muda daripadanya.

Bagi gadis berusia 23 tahun itu, dia langsung tidak berasa serasi dengan lelaki pucuk muda kerana kebanyakannya dianggap terlalu kebudak-budakan.

Iklan

"Korang, tolong beritahu kenapa jenis lelaki yang saya suka adalah lelaki berusia dan botak.

"Bila tengok lelaki muda, saya tidak tertarik kepada mereka.

Iklan

"Saya berfikiran mereka hanyalah kanak-kanak. Tetapi lelaki yang lebih tua," katanya.

Kasih Iris Leona atau lebih mesra disapa Leona berkata demikian selepas berpeluang meluangkan masa bersama lelaki berusia baru-baru ini, namun dia memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai pengalaman yang dimaksudkan.

"Saya mempunyai malam yang ‘gila’. Saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku," kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wanita seusia dengannya bersetuju akan pandangan Leona. Malah, ada yang mengatakan lelaki botak memang memiliki aura tersendiri kerana lebih matang dan 'gentleman'.

Ada juga yang sempat menyelit beberapa nama selebriti luar yang berimej botak seperti Jason Statham, Dwayne"The Rock” Johnson dan Vin Diesel sebagai contoh lelaki botak yang ‘hot’ dan bergaya.