6 cedera trak TLDM bawa petugas LIMA '25 terbabas, kemalangan ketika pulang solat Jumaat

Iklan

DALAM kemeriahan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA '25) yang berlangsung, enam individu dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah trak tiga tan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jalan Teluk Baru, Langkawi, berhampiran simpang tiga Jalan Teluk Baru dan Pantai Cenang.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 2.50 petang dan lori TLDM membawa 25 anggota TLDM yang bertugas di segmen maritim.

Iklan
Iklan

Berikut adalah butiran penting berkaitan kejadian:

1-Komander Hadapan Bilik Gerakan LIMA '25, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3 petang.

Iklan

2-Kemalangan berkenaan membabitkan lima kenderaan iaitu termasuk Toyota Avanza, dua Perodua Axia dan sebuah Perodua Viva dan lori TLDM.

3-Keseluruhan mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu adalah seramai 30 orang.

Iklan

4-Daripada jumlah itu, enam termasuk lima lelaki dan seorang wanita cedera termasuk seorang dalam kategori ‘zon merah’ akibat kecederaan pada bahagian tengkuk.

5-Selain itu, seorang mangsa di zon kuning dan hijau manakala tiga lagi cedera ringan.

6-TLDM dalam kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan kemalangan berkenaan berlaku ketika anggota berkenaan dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Jumaat dari Masjid Al Ehsan Temonyong menuju ke Resorts World Langkawi.

7-Dua petugas dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk menerima rawatan lanjut akibat kecederaan pada bahagian kaki.

8-Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua 25 petugas yang terlibat dibawa ke bilik perubatan Segmen Maritim untuk menerima rawatan awal.

9-TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

10-Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sama-sama kita doakan anggota dan mereka yang tercedera dalam kemalangan berkenaan pulih segera.

Sumber: Sinar Harian, Buletin TV3