NAMA pempengaruh CEO Batu 'panas' selepas didakwa menghantar gambar tidak senonoh kepada remaja berusia 14 tahun.
Terbaharu, tular kembali satu video di laman sosial TikTok yang memaparkan lelaki berusia 22 tahun itu memberi nasihat kepada peminatnya.
Menerusi video berdurasi tujuh saat itu, CEO Batu atau nama sebenarnya Mohd Iqbal menitipkan pesanan kepada mereka supaya tidak menjalinkan hubungan bercinta selagi belum menghabiskan persekolahan.
Malah, dalam video yang dimuat naik @demirakyatchannel tersebut, CEO Batu turut menasihati mereka untuk tidak menyerahkan gambar jika diminta teman lelaki masing-masing.
"Boyfriend minta gambar jangan bagi.
"Jangan couple, dah habis sekolah nanti baru couple," katanya.
Terdahulu, personaliti media sosial dan penyanyi, Caprice mendedahkan teks perbualan berbaur lucah seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Isha dengan individu dipercayai CEO Batu.
Difahamkan, perbualan antara mereka bermula apabila Isha menghubungi CEO Batu dan menyatakan hasratnya untuk menghasilkan kandungan TikTok bersama.
Bagaimanapun, komunikasi tersebut bertukar menjadi kurang manis apabila CEO Batu didakwa mengambil kesempatan dengan menghantar foto tidak senonoh.
Bagaimanapun, CEO Batu kemudian merayu agar ibu mangsa tidak melaporkan kepada pihak polis dan mengakui kesilapannya yang terlepas pandang akan gambar tersebut.
Lelaki berkenaan bagaimanapun menyerah diri kepada pihak polis.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata lelaki itu disyaki telah menghantar beberapa imej tidak senonoh serta mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal Mei lalu.
Dia kini kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Orang ramai diingatkan agar memantau aktiviti dalam talian anak-anak dan melaporkan sebarang perlakuan mencurigakan kepada pihak berkuasa dengan segera.
"Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Aldrin Anak Pegie di talian 012-2549543 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
Sumber: TikTok, Sinar Harian
Video pesanan CEO Batu tular semula. ‘Kalau boyfriend minta gambar, jangan bagi. Habis sekolah baru couple’
Iklan

