Romantik! Lupa anniversary, Dr Asyraf Wajdi ‘berkomplot’ dengan pelajar hantar bunga buat Prof Dr Irwani

Iklan

TARIKH anniversary memang penting buat para isteri kerana di situlah bermula kisah cinta sejati.

Setiap tahun yang berlalu bukan sekadar memori tetapi bukti hati yang terus memilih untuk tidak pernah berpaling pergi.

Iklan
Iklan

Terkenal sebagai family man, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak terkecuali meraikan hari ulang tahun perkahwinan dengan isteri, Profesor Datin Dr Nurdianawati Irwani Abdullah.

Kesibukan seharian bukan penghalang Asyraf menghargai suri hatinya biarpun hampir terlepas pandang.

Iklan

Menyedari hampir alpa tarikh bermakna, Asyraf kreatif untuk berhubung terus dengan para pelajar Irwani di Kuliyyah Ekonomi dan Sains Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk memberi kejutan.

Iklan

"Memang terlupa sungguh tarikh ulang tahun perkahwinan hari ini. Jadi pagi-pagi ini saya curi-curi buka telefon isteri untuk dapatkan nombor-nombor telefon pelajarnya untuk atur konspirasi!

"Alhamdulillah dapat juga buat kejutan dengan menghantar jambangan bunga ros melalui pelajar-pelajar sejurus selepas isteri tersayang selesai menyampaikan kuliahnya di UIAM.

"Buat suami-suami seperti saya yang terlalu sibuk hingga terlupa tarikh-tarikh sangat penting buat wanita bernama isteri, seperti tarikh ulangtahun perkahwinan pandai-pandailah beli balik jiwa isteri akibat salah sendiri," kongsinya.

Sebagai suami yang menghargai isteri, Asyraf tidak ketinggalan meninggalkan ucapan manis buat Irwani.

Menitipkan kesyukuran memiliki Irwani sebagai pasangan hidup, kehadiran wanita itu sebagai isteri dan ibu diakui Asyraf amat bermakna.

"Kepada cintaku. Selamat ulang tahun. Kekuatan, kesabaran dan kasih sayangmu tidak berbelah bahagi dalam membesarkan enam anak kita sangat berharga.

"Sementara saya menunaikan kewajipan untuk ummah, ia adalah sesuatu yang amat saya kagumi dan akan saya syukuri selama-lamanya.

"Kamulah jantung rumah kita dan cahaya hidupku. Semoga ALLAH terus memberkati perjalanan kita bersama," kongsinya.

Sekadar info, pasangan ideal ini mendirikan rumah tangga pada 27 Mei 2001.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar, Affaf, Affan, Azzah, Azzam dan Attiyah.