'Saya tak mengandung, tapi...' Disangka keguguran, Amyra Rosli perjelas situasi sebenar lepas alami pendarahan

Iklan

PERTAMA kali berjauhan untuk tempoh yang lama adalah satu fasa sukar buat seorang isteri. Namun, misi kayuhan suaminya, Amar Baharin, bersama rakan, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin ke Mekah tetap mendapat sokongan penuh.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, pelakon cantik tanah air, Amyra Rosli, berkongsi berita mengejutkan kepada peminatnya bahawa dia mengalami pendarahan secara tiba-tiba.

Ramai yang terus buat spekulasi:"Eh, dia mengandung ke?”,"Keguguran ke ni?

Iklan

Enggan membiarkan ramai berteka-teki dengan keadaan dirnya, tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, kejadian tersebut berlaku beberapa hari selepas suaminya bertolak ke Tanah Suci untuk misi berbasikal.

Iklan

Ketika itu, dia berada seorang diri di rumah menguruskan anak-anak. Kebetulan juga, dia ada mengangkat barang kerana baru berpindah rumah selain ada mendukung anaknya.

"Saya tidak mengandung, tetapi keadaan pada awalnya seperti menjurus ke arah itu (mengandung).

"Jadi, timbul rasa bimbang sebab simptom itu nampak macam tanda-tanda keguguran. Namun, doktor mengatakan mungkin keadaan tersebut berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon atau mungkin badan penat sangat.

"Kebetulan juga pendarahan itu berlaku sebelum tempoh haid sebenar. Saya ingat permulaan haid, tapi ia berbeza dari biasa.

"Selepas mengambil ubat yang doktor berikan dan banyakkan berehat. Alhamdulillah lima hari kemudiannya, pendarahan itu pun berhenti. Jadi, saya rasa tak perlu lagi melakukan rawatan lanjut sebab badan dah sihat seperti biasa," dedah ibu kepada sepasang cahaya mata itu lagi.

Berita ini telah pun diberitahu kepada suaminya tetapi tidak secara mendalam. Dia tidak mahu Amar terganggu dengan misinya sekarang ini.

"Saya cuma maklumkan secara ringkas supaya dia tak terlalu risau. Dia sedang dalam perjalanan misi ibadah, saya tak nak bebankan fikirannya. Lagipun kita kan wanita kuat dan hebat. Jadi, semua masalah boleh diselesaikan,” ujarnya sambil berseloroh.

Untuk rekod, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan kini memiliki dua cahaya mata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Pelakon drama Nur itu berkata demikian ketika ditemui SinarPlus di majlis pelancaran Amber Oasis Abaya. Menariknya, jenama busana itu kali ini mendapat suntikan glamor dan inspirasi dengan pelantikan Amyra Rosli dan Amira Othman sebagai wajah kempen baharu. Tidak ketinggalan, Nora Danish yang terpilih untuk koleksi tersebut.