PEMERGIAN isteri pempengaruh dan usahawan Ridzuan Ridzokumura, Akiko atau Aisyah Okumura terus dikenang.
Dalam perkembangan terbaharu, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menziarahi pusara Akiko.
Meluahkan rasa terharu, keberangkatan Tunku Azizah ke Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya itu dikongsikan Ridzuan di laman sosial miliknya.
"Terima kasih banyak-banyak Tunku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
"Sudi menziarahi pusara Aisyah Abdullah atau Akiko Okumura," titipnya.
Menerusi hantaran di TikTok dimuat naik, Tunku Azizah Aminah dilihat sempat menyiramkan air di atas pusara Akiko dan membacakan doa.
Terdahulu, hubungan Tunku Azizah dan Akiko tidak asing lagi dalam kalangan warga maya.
Permaisuri Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu pernah mengikuti penstriman langsung Akiko dan Ridzuan dan meninggalkan komen buat wanita berketurunan Jepun itu.
Tengku Ampuan Pahang cemar duli ziarah pusara Akiko buat netizen terharu.' Arwah hanya mualaf, namun luar biasa...'
Iklan