'Kalau bukan saya gendong, takut 'orang lain' ambil.' Ditegur selalu 'melekat' dengan anak, Datin Atikah dedah kisah misteri ketika bercuti

Iklan

Pelakon Datin Atikah Suhaime kongsi pengalaman seram diganggu makhluk halus ketika bercuti di Janda Baik hingga trauma untuk lepaskan bayinya sendirian.

SUDAH menjadi kebiasaan orang ramai berkongsi kisah seram yang mereka alami, terutamanya ketika menginap di hotel atau rumah tumpangan.

Ini kerana tempat penginapan tersebut tidak semestinya ‘kosong’ atau bebas daripada ‘penghuni lain’...

Baru-baru ini, pelakon jelita Datin Atikah Suhaime berkongsi pengalaman seram yang dialami mereka sekeluarga ketika bercuti di Janda Baik. Kisah ini dikongsi selepas ada warganet menegur beliau yang dilihat sering mengendong bayi perempuannya, Mulan.

Menerusi perkongsian video di TikTok miliknya, Atikah ada meninggalkan komen menjelaskan bahawa dia berasa bimbang untuk membiarkan anaknya tidak dikendong oleh dia sendiri atau pembantu rumah, gara-gara pengalaman mistik yang berlaku semasa percutian tersebut.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Terima kasih atas nasihat, tapi buat masa sekarang, Tika tak berani biar Mulan sendiri. Mesti ada orang tengokkan dia... takut jadi apa-apa. Lagipun, ada cerita seram kat sini yang Tika tak kongsi lagi. Kalau bukan Tika atau pembantu rumah yang gendong, takut ada 'orang lain' pula yang datang gendong nanti . Suami pun kena kacau, dia yang cerita kat Tika.

"Pukul 4.00 pagi suami dengar Tika cakap nak gendong baby sambil jalan keluar. Tapi pelik sebab masa tu Tika tengah dalam tandas, tengah buang air.

"Dia nampak macam Tika tengah tindih paha dia dengan kain batik, nak ambil Mulan. Tapi bila Tika keluar dari tandas, terus ‘benda’ tu hilang. Nasib baik suami sempat bangun. Sejak tu, Tika memang tak bagi Mulan sendiri kat vila... kena gendong, tak boleh tinggal seorang atas katil,” kongsinya.



Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut turut berkongsi pengalaman serupa ketika bercuti di kawasan yang sama. Malah, ada yang sempat memberi tip untuk diamalkan bila menginap di kawasan berhutan seperti itu.