Trauma dengan pemandu van, bapa dedah anak cuba jadi lelaki. 'Dia minta baju Melayu, potong rambut jadi pendek'

Iklan

GANGGUAN 'seksual' memberi trauma yang mendalam tanpa mengenal usia. Jika tidak ditangani awal, musnahlah kehidupan.

Kisah benar seorang bapa, Amir Danau memberi gambaran betapa remuknya perasaan mangsa hingga sanggup untuk cuba menukar identiti diri selepas dipercayai dicabul pemandu van sekolah!

Iklan
Iklan

Pada sekitar Mac 2022, anak perempuannya yang dikenali sebagai Neno berusia 11 tahun berhadapan perbuatan tidak senonoh lelaki itu.

Dikatakan bermula dengan sentuhan dan memuji kecantikan, kelakuan tidak manis lelaki berkenaan membuatkan Neno tidak selesa.

Iklan

Tiga tahun berlalu dan kes sedang berjalan di mahkamah, Amir menceritakan hatinya hampir luluh menyaksikan kesan perbuatan lelaki itu kepada Neno.

Iklan

Trauma bukan kepalang, anak perempuan yang disayangi cuba mengubah penampilan diri untuk menjadi lelaki. Malah untuk masuk ke kedai seorang diri pun menggigil.

Gadis yang kini bersekolah di Tingkatan Dua itu memotong sendiri rambutnya menjadi pendek. Malah, Hari Raya Aidilfitri lalu, Neno meminta dibelikan Baju Melayu kerana enggan terlihat terlalu 'perempuan'.

"Ada part sedih yang sampai aku makan hati sikit tu bila aku tengok rambut dia makin pendek.

"Awak potong rambut ke Neno?"

"Dia geleng kepala je. Aku sudah panas dah.Potong dekat mana? Tak lama selepas itu ibunya jumpa rambut si anak dalam tong sampah. Rupanya dia potong rambut dia sendiri," kongsinya.

Menurut Amir, anaknya itu sejak kecil seorang anak yang pemalu, comel dan lemah-lembut.

Sebagai bapa, hatinya hiba melihat perubahan Neno. Bagaimanapun, mereka sekeluarga faham itu adalah respons trauma daripada kejadian membabitkan pemandu van.

Dengan ketegasan, ujar Amir akhirnya Neno untuk kembali feminin.

Biarpun mengggunakan pendekatan agak keras dan hubungan menjadi dingin seketika, berkat kesabaran Amir sekeluarga, Neno kini wanita sejati.

"Hari ni, anak perempuan aku dah jadi perempuan elok...Moga membesar dengan gagah.

"Bila tunjuk gambar lama dia rambut pendek, muka dia terus senget. Terus cakap yang tu semua tak kelakar," kongsinya.

Amir mahu kisah anaknya diambil sebagai pengajaran.

Buat ibu bapa yang senasib dengannya, beliau tersebut berpesan, kehormatan anak perlu diperjuangkan.

Biarpun terlihat tegas, ia dilakukan demi melindungi anak perempuan.