NERAKA dan syurga merupakan dua tempat pembalasan yang dijanjikan ALLAH kepada manusia di akhirat kelak. Syurga digambarkan sebagai tempat penuh kenikmatan, balasan untuk hamba-NYA yang taat dan beriman.
Manakala neraka pula ialah tempat azab dan siksaan yang amat dahsyat bagi mereka yang ingkar dan derhaka terhadap perintah ALLAH.
Pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur tindakan seorang individu dari Indonesia yang menjadikan neraka sebagai bahan kandungan di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Instagram, dia menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu bentuk penghinaan terhadap agama Islam dan menegaskan bahawa neraka bukan sesuatu yang boleh dipermainkan.
"Ada seorang individu dari negara seberang (Indonesia) melakukan kandungan konon-konon berada di dalam neraka.
"Betapa beraninya dia menjadikan neraka sebagai satu gurauan, sedangkan Nabi pesan kepada kita untuk elak masuk dalam neraka.
"Kita sebagai umat perlu mohon kepada ALLAH, elakkan diri daripada dimasukkan dalam api neraka. Tiba-tiba, orang itu buat kandungan sedemikian.
"Dia juga seakan menyatakan neraka seolah-olah tempat yang sangat nyaman baginya. Hakikatnya, neraka adalah tempat yang sangat terperit azabnya," katanya.
PU Syed tegur individu jadikan neraka bahan konten. 'Seolah-olah tempat yang nyaman. Hakikatnya, sangat terperit azab'
Iklan