IBU mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak sendiri berjaya mengharungi cabaran besar.
Itulah yang dirasai oleh Bella Astillah apabila anak sulungnya, Ayden Adrean, berjaya menamatkan satu acara renang sempena Pesta Renang Langkawi (LSF) yang berlangsung di Dataran Tanjung Rhu, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah meluahkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian Ayden yang berjaya berenang sejauh 400 meter walaupun hanya sempat berlatih dalam masa yang singkat.
"Pertandingan renang pertama anak lelaki saya, 400 meter di laut dengan hanya berlatih selama seminggu. Memang sangat takut sampai tak terkeluar suara (air mata yang keluar).
"Tak sangka, tapi dia berjaya lakukannya. Dia berenang dengan sepenuh hatinya dan berjaya ke garisan penamat,” kata Bella.
Ibu kepada dua orang anak itu juga mengakui bahawa dirinya sendiri tidak tahu berenang dan pernah mengalami trauma dengan air menyebabkannya berasa sangat cemas dan risau sepanjang acara tersebut berlangsung.
Bella terharu anak berjaya renangi 400 meter laut, Ayden akui dapat semangat dari Syed Saddiq. ‘Saya lihat uncle dahulu…’
Iklan