Akhirnya! Nabila Razali kongsi wajah & nama Baby M pada umum. 'Handsome boy ikut muka mummy'

Iklan

Nabila Razali akhirnya berkongsi wajah dan nama anak lelakinya, Nik Muhammad, sempena majlis akikah di Kota Bharu.

MEMASUKI usia lima bulan, akhirnya penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil berkongsi wajah serta nama putera sulungnya kepada umum.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali merasakan ini waktu yang paling sesuai untuk memperkenalkan cahaya matanya kepada orang ramai.

Iklan
Iklan

"Baby M pun sudah berumur lima bulan dan saya rasa sudah tiba masanya Bella perkenalkan anak saya, Nik Muhammad.

Terima kasih buat semua, selalu doakan yang baik-baik untuk Baby M, moga yang indah-indah sahaja buat kalian," tulisnya di perkongsian tersebut.

Iklan

Dalam perkongsian sama, Nabila yang menyambut Aidiladha di kampung halaman suami tercinta turut mengajak peminat untuk hadir memeriahkan majlis akikah anaknya yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

"Salam Aidiladha buat semua. Moga pengorbanan dan amal ibadah kita menjadi bekalan yang diberkati dunia dan akhirat.

Iklan

Alhamdulillah, tahun ini saya berkesempatan beraya di Kelantan. Buat semua sek kito (orang kita), jumpa kejap lagi di majlis akikah Baby M, okay.

Semua yang hadir jangan lupa jaga SOP, kita seronok datang makan-makan sambil bergambar, okay," ujarnya lagi.

Perkongsian berbentuk foto pelantun lagu Pematah Hati bersama anaknya itu mencuri perhatian ramai peminat dan rakan selebriti yang turut sama menzahirkan ucapan tahniah serta doa.

Sekadar info, Nabila Razali dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani mendirikan rumah tangga pada 18 September 2023. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang sebelum ini digelar Baby M pada 23 Disember 2024.