SEBUAH bas yang membawa pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan beberapa lagi kenderaan terlibat dalam kemalangan ngeri Tasik Banding, Gerik sekitar jam 1 pagi tadi.
Memetik Astro Awani, tragedi maut di Lebuhraya Timur-Barat itu melibatkan penuntut universiti berkenaan yang sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak.
Bas tersebut dilapor bertolak dari Jerteh jam 9 malam tadi.
Iklan
Astro Awani difahamkan, 15 pelajar maut dalam nahas itu selain beberapa pelajar lain mengalami kecederaan.
Sementara itu, perkongsian video lokasi kejadian di laman sosial TikTok menambahkan kesayuan.
Iklan
Salam takziah daripada SinarPlus kepada keluarga mangsa yang terlibat, al-Fatihah.
AKAN MENYUSUL
Sumber: Astro Awani